24 September 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #2: Menulis dan menjual ebook di Internet!

Artikel ini dipetik dari irfankhairi.com

Di bawah ini artikel ke-2 bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui Internet dari rumah, iaitu dengan menghasilkan ebook anda. Salah satu sebab utama menajalankan perniagaan Internet adalah dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Cara jana pendapatan melalui Internet #2:
Menulis dan menjual ebook di Internet!
Artikel sebelum ini meneceritakan bagaimana anda boleh menjual produk informasi (produk yang paling laris di Internet) tanpa perlu menulis ebook. Anda boleh melakukannya dengan mendapatkan resell rights atau hak jualan semula sesuatu ebook, dan menjadi seperti pemilik ebook tersebut dan menjual ebook itu dan mendapat 100% daripada keuntungan. 
Artikel hari ini pula adalah khas sekiranya anda berminat menghasilkan ebook anda sendiri, dan menjualnya di Internet. Ya, ini juga merupakan salah satu cara yang amat popular menjana pendapatan melalui Internet- menjual informasi hasil tulisan anda.
Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya. Sebagai penulis, saya telah menghasilkan 5 buah buku yang di jual di kedai-kedai buku (bukan ebook). Termasuk, Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, Soal Jawab Perniagaan Internet, Nota Motivasi & Nota Kewangan. 
Kesemua buku tersebut mendapat sambutan yang amat hebat di kedai-kedai buku. Namun, sebagai penulis, kita hanya menerima royalti dalam 7%-10% sahaja bagi setiap jualan buku. Daripada hasil jualan sebuah buku, mungkin royalti yang diterima adalah kurang daripada RM1.50 untuk sebuah buku. Jika terjual 1,000 buah buku, pendapatan adalah RM1,500.
Tetapi, kehebatan ebook utama adalah, anda tidak menerima royalti seperti buku tradisional. Anda menerima keuntungan penuh! Oleh kerana tiada kos untuk mencetak ebook dan juga menghantar ebook (ebook di hantar melalui email sahaja kepada pelanggan), maka, tiada kos jualan untuk setiap ebook. Ini bermakna, sekiranya  ebook dijual pada harga RM40, maka, anda mendapat RM40! Sekiranya 1,000 ebook terjual, maka pendapatan bukan RM1,500 seperti buku tradisional, tetapi RM40,000!
Yang mana pilihan anda?
Terdapat bebagai-bagai topikyang boleh dijadikan ebook. Terlalu banyak, terutamanya ebook berbahasa Malaysia. Tip saya adalah untuk anda melihat kepakaran, pengalaman dan juga pengetahuan anda dan ubahkannya menjadi ebook. Contoh topik-topik ebook untuk memberi idea kepada anda dan anda juga boleh hasilkan lebih banyak idea lagi adalah seperti:
  • Kaedah melangsingkan bada dalam masa 60 hari!
  • Pelajari cara memilih kereta terpakai suapaya anda tidak tertipu!
  • 55 Resepi masakan Thailand yang mudah dan pantas untuk di hasilkan!
  • Mentor Jutawan- Temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia
  • Kaedah senaman pantas untuk membina badan.
  • Pelajari kaedah bermain gitar dengan langkah 1-2-3
... Dan banyak lagi! Tidak kira apa sahaja industri anda, pastinya anda mempunyai topik untuk dikongsikan, dan perkongsian tersebut boleh dilakukan melalui ebook!
Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.

Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya "Industri membuang sampah", saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.

Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata "Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!"

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat "produk informasi" yang boleh dihasilkan.

Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet? Hasilkan ebook dan mula menjana pendapatan daripada Internet hari ini!

23 September 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #3: Internet membantu menggandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!

Cara jana pendapatan melalui Internet #3:
Internet membantu menggandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti agen insurans, agen MLM, penasihat kewangan, agen hartanah dan sebagainya...yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan perkhidmatan di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang anda.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki perniagaan berbentuk perkhidmatan:

LAMAN WEB
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen MLM, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 17 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!

Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
Segala maklumat perniagaan anda terkandung dalam laman web anda!

BLOG
Blog, atau Web Log (anda boleh daftar secara percuma di www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda di ruang Internet dan mempermudahkan mengubah prospek menjadi pelanggan. Anda boleh melihat contoh blog saya di www.IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog www.IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan dan industri anda untuk manfaat orang ramai dan membina kredibiliti dan kepercayaan kepada perniagaan yang anda jalankan
Ramai yang tanya kepada saya, yang mana penting- Laman web atau blog? Jawapannya adalah, kedua-duanya penting dan akan mampu meningkatkan prospek dan pelanggan anda. ini adalah kerana keduanya mempunyai fungsi yang berbeza.
Blog berfungsi untuk mendapatkan prospek, manakala laman web pula adalah untuk mengubahkan prospek menjadi pelanggan!
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, anda juga boleh menggunakan Internet untuk melipatganda kan prospek dan downline anda terus daripada rumah dengan hanya menggunakan Internet. Pada Sabtu ini, saya akan menjalankan sesi seminar tertutup (terhad kepada beberapa penyertaan sahaja) khas bagi usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk MLM.

Artikel ini dipetik dari newsletter irfankhairi.com

22 September 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #4: Mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal!

Cara jana pendapatan melalui Internet #4:
Mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal!

Artikel ini dipetik dari irfankhairi.com
Adakah terdapat caranya memulakan perniagaan tanpa sebarang modal? Bunyinya agak mustahil bukan?
Artikel saya kali ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tak kira, menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini!
Bagaimanakah caranya?
Caranya adalah menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate dalam kata mudahnya bermaksud, anda menjual produk dan perkhidmatan perniagaan yang sedia ada, dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual kamera, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual kamera, dan menjual kamera mereka. Anda akan mendapat komisyen. 
Sekiranya anda ingin menjual komputer, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual komputer, dan menjual komputer mereka. Anda akan mendapat komisyen. 
Sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual buku, dan menjual buku mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Tak kira apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda ingin jual di Internet, kini, terdapat berbagai-bagai program affiliate yang anda boleh sertai dan memulakan perniagaan anda!
Berminat hendak menjual kamera? Sertai program affiliate seperti Amazon.com. Berminat  menjual permainan di Internet? Sertai program affiliate seperti Toys R Us. Berminat menjual buku di Internet? Sertai program affiliate seperti Barnes & Nobel.
 
Di atas adalah beberapa contoh sahaja perniagaan besar-besaran yang menjankan perniagaan berbentuk affiliate. Terdapat banyak lagi perniagaan yang lain yang juga turut memberi pulang komisyen yang lebih tinggi.
Program affiliate adalah percuma untuk disertai, oleh itu, tiada modal diperlukan. Apabila anda telah mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda berminat (bukan sekadar contoh di atas sahaja),  anda boleh mempromosikannya di blog, laman web, facebook dan juga email anda!
Dengan hanya menyertai progam affiliate, anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal, hari ini!

21 September 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #5: 4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet

Cara jana pendapatan melalui Internet #5:
4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet
Artikel ini dipetik dari irfankhairi.com
Saya mula menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 1999, ketika itu masih lagi di United Kingdom, tahun akhir menghabiskan degree saya. Satu advantage saya berada di sana ketika itu, adalah pendedahan perniagaan Internet yang saya terima. 10 tahun lalu, di UK, perniagaan Internet telah pun menjadi popular dan ramai telah memulakannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Mana taknya, ketika itu pun, orang ramai sudah tidak lagi pergi ke pasar raya atau kedai runcit, tetapi memilih untuk membeli barang-barang runcit secara online. Termasuk saya. Perniagaan Internet adalah gaya hidup.
Di Malaysia, perniagaan Internet masih lagi baru. Dan ini memberi satu advantage pula kepada mereka yang memulakan perniagaan Internet sekarang oleh kerana pesaingan yang rendah! Sejak dulu, sehingga kini, untuk memulakan perniagaan Internet, hanya memerlukan 4 langkah yang jelas. Saya akan kongsikan keempat-empat langkah tersebut sekarang...
Langkah Pertama: Anda perlu produk!
Langkah pertama adalah anda perlu mempunyai produk untuk di jual. Produk tidak semestinya anda cipta sendiri, seperti kraftangan atau lukisan. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan produk di pasar borong. 
Contohnya, sekiranya anda terjumpa produk yang anda minat di kedai seperti ukiran Al-Quran, cuba cari/dapatkan pemborong atau pengeluar produk tersebut. Seringkali maklumat pengeluar/pemborong akan tertera pada packaging sesuatu produk itu. Ataupun, sekiranya tiada, cuba lah tanya pada kedai tersebut. Mana tahu, mereka merupakan pengedar produk itu snediri dan pastinya mahu mencari usahawan-usahawan yang turut menjual dan melebarkan pasaran mereka!
Dengan mendapatkan sesuatu produk dari pengeluar atau pemborong, anda akan mendapat produk itu pada harga yang lebih murah untuk anda lakukan mark-up (tambah harga bila anda jual)
Ukiran Al-Quran di atas hanyalah sekadar contoh. Anda boleh gantikan dengan apa sahaja produk yang anda fikirkan dan minat!
Langkah Kedua: Anda perlu laman web!
Apabila telah memiliki produk seperti ukiran Al-Quran di atas, langkah seterusnya adalah anda pelu memiliki laman web. Untuk membina laman web sendiri, anda memerlukan ilmu membina laman web. Selain dari itu anda boleh mengupah web designer untuk membinakan laman web bagi anda (sekiranya anda perlukan webdesigner, boleh hubungi kami).
Tetapi, satu lagi cara anda boleh memiliki laman web adalah seperti yang telah disebutkan dalam email yang lepas- menggunakan BLOG. Perkhidmatan percuma seperti www.blogger.com boleh menghasilkan anda sebuah blog dan kini, blog telah pun diterima oleh ramai pihak sebagai medium berniaga di Internet. Dengan hanya memiliki blog, anda boleh meletakkan maklumat produk anda di blog tersebut untuk di niagakan kepada orang ramai.
Sebagai contoh, namakan blog anda seusatu yang berkaitan dengan ukiran al Quran seperti "Quran Carves", dan masukkan gambar2 ukiran al Quran anda di blog anda. Maklumat lain produk anda juga patut diberikan bersama harga, cara melakukan bayaran, dan kaedah anda melakukan penghantaran sekiranya sesiapa sahaja membeli ukiran al Quran anda!
Langkah Ketiga: Anda perlu menerima bayaran
Tentunya laman anda perlu dapat menerima bayaran kad kredit dan juga bank in daripada pelanggan.
Untuk menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan, perkhidmatan percuma seperti PayPal.com boleh digunakan. Ya, ianya percuma. Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda tak kira dari serata dunia untuk mendapatkan ukiran al Quran anda!
Jangan lupa juga, letakkan kaedah bayaran offline seperti cara membuat bayaran ke bank akaun anda sekiranya pelanggan ingin melakukan bayaran secara bank-in.
Dengan dua kaedah terima bayaran ini, anda boleh menjalankan perniagaan di Internet! 
Langkah keempat: Promosi, Promosi dan Promosi
Langkah seterusnya dan langkah yang perlu di lakukan berterusan adalah promosi laman web anda. Tak kira betapa hebat produk, dan laman web anda, tetapi anda tidak lakukan promosi, maka, tiada siapa akan tahu tentang perniagaan Internet anda bukan?
Anda perlu melakukan promosi laman web anda untuk menarik pelawat ke laman web/blog anda yang menjual ukiran Al Quran tersebut! 
Promosi boleh dilakukan menggunakan enjin pencari, meletakkan iklan banner di laman lain, dan juga pertukaran link. Terdapat berbagai-bagai cara promosi perniagaan Internet anda dan terdapat juga ebook yang kongsikan kaedah-kaedah promosi perniagaan Internet anda. Tidak kira apa pun perniagaan Internet anda, promosi adalah kunci kejayaan sesuatu perniagaan Internet.