23 September 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #3: Internet membantu menggandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!

Cara jana pendapatan melalui Internet #3:
Internet membantu menggandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti agen insurans, agen MLM, penasihat kewangan, agen hartanah dan sebagainya...yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan perkhidmatan di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang anda.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki perniagaan berbentuk perkhidmatan:

LAMAN WEB
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen MLM, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 17 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!

Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
Segala maklumat perniagaan anda terkandung dalam laman web anda!

BLOG
Blog, atau Web Log (anda boleh daftar secara percuma di www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda di ruang Internet dan mempermudahkan mengubah prospek menjadi pelanggan. Anda boleh melihat contoh blog saya di www.IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog www.IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan dan industri anda untuk manfaat orang ramai dan membina kredibiliti dan kepercayaan kepada perniagaan yang anda jalankan
Ramai yang tanya kepada saya, yang mana penting- Laman web atau blog? Jawapannya adalah, kedua-duanya penting dan akan mampu meningkatkan prospek dan pelanggan anda. ini adalah kerana keduanya mempunyai fungsi yang berbeza.
Blog berfungsi untuk mendapatkan prospek, manakala laman web pula adalah untuk mengubahkan prospek menjadi pelanggan!
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, anda juga boleh menggunakan Internet untuk melipatganda kan prospek dan downline anda terus daripada rumah dengan hanya menggunakan Internet. Pada Sabtu ini, saya akan menjalankan sesi seminar tertutup (terhad kepada beberapa penyertaan sahaja) khas bagi usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk MLM.

Artikel ini dipetik dari newsletter irfankhairi.com

No comments:

Post a Comment