21 July 2011

Cara jana pendapatan melalui Internet #1: Mendapatkan resell rights (hak jualan semula) produk informasi yang sedia ada.

Artikel ini dipetik dari newsletter irfankhairi.com 
Ketika musim perayaan, perbelanjaan bertambah akibat belian emosi yang bertambah. Oleh itu, untuk kita yang bekerja makan gaji, mungkin akan tercari-cari sumber pendapatan tambahan untuk musim perayaan, dan juga selepas perayaan.
Saya akan kongsikan dengan anda 5 kaedah menjana pendapatan daripada Internet. Kebanyakan kita fikirkan hanya menjual beli barang seperti buku, produk kesihatan atau gadget di Internet sahaja cara menjana pendapatan, tetapi, terdapat beberapa cara lain juga untuk menjana pendapatan.
Ada cara menjana pendapatan yang memerlukan modal, dan jangan terkejut, ada juga cara yang tidak memerlukan modal, tetapi memerlukan masa kita. Ada juga yang memerlukan kita menghasilkan produk kita sendiri, tetapi ada juga cara kita boleh mulakan perniagaan di Internet tanpa ada produk sendiri. Dan ada juga cara yang kita boleh menjana pendapatan melalui menulis dan menjual informasi, iaitu produk yang paling laris di Internet, tetapi ada pula cara kita boleh menjual informasi di Internet, tanpa memerlukan kita menulis walau sedikit pun!
saya mulakan dengan kaedah #1, iaitu cara memulakan perniagaan berbentuk informasi, tanpa perlu anda menulis!  
Cara jana pendapatan melalui Internet #1:
Mendapatkan resell rights (hak jualan semula) produk informasi yang sedia ada.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa produk informasi adalah produk yang paling laris di Internet. Ini kerana, majoriti pengguna Internet menggunakan Internet untuk mencari informasi. Produk informasi boleh terdiri daripada berbagai bentuk seperti buku, majalah, jurnal, cd audio, membership sites, report, dvd, dan apa sahaja medium penyampai informasi.

Di internet, satu medium informasi yang amat popular dan menjadi satu standard untuk menyampai informasi, adalah e-book (e-buku). Satu contoh ebook yang popular adalah ebook Mentor Jutawan di mana saya memuatkan kompilasi temubual saya bersama 8 ikon jutawan termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Chef Li, Billi Lim, Azizi Ali dan ramai lagi untuk memberi kaedah dan strategi kekayaan. Klik di sini untuk melihat contoh.
Seringkali, ramai berfikiran bahawa untuk menjual informasi di Internet, seperti ebook, kita perlu mempunyai bakat  dan menulis ebook tersebut. Dan oleh kerana kekangan bakat dan juga masa, ini menyukarkan ramai antara kita.
Sebenarnya, satu kaedah yang amat popular di Internet yang membolehkan sesiapa sahaja menjual produk informasi yang paling popular ini tanpa bakat atau meluangkan masa menulis, adalah dengan mendapatkan hak jualan semula ebook yang sedia ada, atau lebih dikenali sebagai "Resell Rights"
Mengedarkan sesuatu ebook atau menjual sesuatu ebook yang bukan milik/hasil tulisan anda, adalah satu kesalahan. Namun, resell rights membolehkan anda mendapat kebenaran mengedarkan dan menjual sesuatu ebook itu dan mengambil 100% hasil daripada jualan ebook tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya anda berminat dengan permianan Tennis, dan anda ingin menjual produk informasi yang berkaitan dengan tennis, tetapi tidak mempunyai bakat, kebolehan atau masa menulis, anda boleh mencari ebook berkenaan Tennis di Internet yang mempunyai "Resell Rights". Dengan mendapatkan Resell Rights tersebut, anda bebas menjual semula ebook tennis itu, dan mendapat keuntungan 100% daripadanya. Seumpama, ebook Tennis itu, anda yang punya! Sekadar contoh, di sini sebuah ebook berkaitan dengan Tennis yang mempunyai "Resell Rights".
Perlu diketahui juga, bukan semua ebook mempunyai resell rights. Oleh itu, anda perlu menggunakan enjin pencari untuk mencari ebook yang mempunyai resell rights untuk di jual semula. Sesetengah produk resell rights juga memberi bantuan tambahan seperti laman web percuma serta bantuan promosi ebook tersebut. Ini memudahkan pemilik resell rights untuk terus memulakan perniagaan Internet mereka menjual ebook serta merta- tanpa menulis!
Ebook popular, Mentor Jutawan juga merupakan satu ebook yang mempunyai resell rights. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet berteraskan informasi, dan menjual ebook Mentor Jutawan yang mendapat sambutan yang amat hebat (klik di sini untuk membaca testimonial), anda juga boleh mendapatkan resell rights atau hak jualan semula ebook hebat ini.
Lesen resell rights Mentor Jutawan telah pun ditutup oleh kerana telah capai kuota pengedaran pada bulan lepas. Tetapi, sempena bulan Ramadhan ini, oleh kerana permintaan meningkat, kami menambah sedikit lagi kuota resell rights ini kepada 6 lagi pemilik. Kami meletakkan kuota kepada pengedaran lesen jualan semula oleh kerana tidak mahu jualan lesen ebook ini berleluasa dan menyukarkan pemilik lesen. Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet berbentuk informasi, klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut peluang memiliki resell rights Mentor Jutawan ini sebelum kuota kami dipenuhi. Pemilik lesen juga akan menerima laman web percuma dan kaedah promosi ebook ini untuk membantu menjalankan perniagaan serta merta.