1 December 2010

Anda Seorang Peniaga atau Usahawan?

 
"Berguru Kepalang Datar Dapat Rusa Berbelang Di Kaki, Berguru Kepalang Ajar Bagai Bunga Kembang Tak Jadi".....kata-kata drpd Pendita Zaaba..
Ada orang mengatakan Perniagaan itu sesuatu yang "biasa" atau "common sense"..... Asal ada keinginan serta duit yang cukup sudah memadai untuk memulakan perniagaan.  Jika benar maksudnya perniagaan itu hanyalah sebagai sesuatu untuk "cari makan" sahaja.  

Apa maksudnya?
Maksudnya disini, mereka yang menjalankan perniagaan hanya sekadar mencari rezki untuk keperluan sahaja. Jika keperluan harian mereka RM50 sehari untuk menampung makan, minum, minyak kenderaan......kebanyakan mereka hanya fokus kepada usaha untuk mendapatkan RM50 yang PERTAMA sahaja. Dan jika matlamat itu tercapai maka mereka akan berpuas hati.

Senario jika mereka mendapat lebih daripada yang dijangkakan?
Macam mana pula jika sehari berniaga mereka mendapat RM100, RM150 dan RM200? Ada dua keadaan;
PERTAMA membuatkan mereka kuat semangat dan rajin untuk berniaga. Jika keadaan ini berlaku bukan sahaja menguntungkan kepada perniagaan malahan akan memberikan keyakinan kepada pelanggan. KEDUA mereka akan tutup perniagaan mereka sehari, dua hari atau tiga hari sebab matlamat mereka sudah dipenuhi.. Sebab itu banyak keadaan berlaku dimana gerai-gerai peniaga kadangkala buka..kadangkala tutup...tidak konsisten....
Ini bukan teori...tetapi ini antara intipati yang dikupas oleh mentor jutawan dalam siri sebelumnya... Ia menegaskan beza antara peniaga dan usahawan adalah cara pemikiran mereka. Peniaga memikirkan cara untuk "cari makan"....Usahawan berfikir cara untuk "mencari untung" dua matlamat yang berbeza melahirkan kesan yang berbeza....ANDA memilih yang mana satu?

sumber: irfankhairi

No comments:

Post a Comment